Search This Blog

Monday 21 October 2013

Jawapan Tutorial (Garis Panduan Untuk Jawab Esei)

LIM CORPORATION 
Good Job !!!

TUTORIAL 1 : Jawab kesemua soalan dibawah.
1Terangkan konsep masyarakat majmuk dan hubungkaitkan usaha kerajaan Malaysia  yang terkini untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat.

·            Konsep masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan da bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tapi hidup berasingan di Bandar mahupun di luarbandar. Oleh itu, inisiatif kerajaan Malaysia untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia, khususnya antara semenanjung Malaysia dengan Sabah Sarawak. Selain itu, pengenalan konsep 1 Malaysia juga melupakan ideologi kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat di Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. 1 Malaysia adalah siri dan visi terkini yang di promosikan untuk menyatupadukan perpaduan di kalangan masyarakat yang menekankan prinsip masyarakat adalah satu dalam Negara Malaysia dan sentiasa bersatu padu. Selain itu, kerajaan Malaysia juga melakukan satu lagi era baru dalam dasar pendidikan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Contohnya kementrian telah menjadikan kurikulum sebagai salah satu asas unutk membentuk perpaduan di kalangan murid-murid. Pendedahan sejak awal dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi.

   Berikan contoh yang sesuai untuk menerangkan konsep berikut :
a)     Prejudis
b)     Etnosentrim

·       Prejudis ialah sikap atau perasaan negatif terhadap kumpulan yang lain. Tingkah laku demikian juga disebut sebagai diskriminasi iaitu tindakan yang kasar berdasarkan kebencian terhadap kumpulan atau orang lain contohnya James Byrd seorang lelaki afro-amerika yang di seret dibelakang truk(lori) hingga meninggal oleh seorang lelaki putih. 

·       Etnosentrism pula ialah merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka jauh lebih hebat daripada kelompok lain. Kepercayaan ini menyebabkan budaya dan kepercayaan lain dianggap salah ada unsur kejahatan dan bahaya. Contohnya, perang adat antara suku A’smat dan Dani di Papua. Perang adat ini berlangsung bertahun-tahun. Salah satu pihak tidak mahu menyerah kalah atau semakin kuat, maka perang tidak akan pernah berakhir.

Terangkan dengan jelas penglibatan tokoh-tokoh berikut dalam proses mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air.
a)     Tun Hussein Onn
b)     E.E.C Thuraisingam
c)      H.S Lee

a)     Tun Hussien Onn

·       Semangat ayah Tun Hussien Onn menentang Malayan Union turut membakar semangat beliau untuk menentang Malayan Union bersama ayahnya. Tun Hussien Onn menyertai ayahnya dalam bidang politik apabila ayahnya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, Tun Hussien Onn dilantik sebagai ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Kemudian beliau menjadi Setiausaha Agung UMNO. Pada tahun 1951, beliau menyertai ayahnya keluar UNMO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Kemudiannya, beliau meninggalkan alam politik dan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincolu’s Inn, England dan lulus pada tahun 1958. Pada tahun 1968, beliau menyertai UMNO semula selepas dipujuk oleh Tun Abdul Razak dan memenangi Pilihan Raya Umum 1969. Beliau memberi penekanan kepada konsep rukun tetangga dan perjuangan terhadap dadah. Di bawah pentadbirannya, Angkatan Bersenjata Malaysia juga diperbesarkan dan dipermodenkan. Beliau telah menerapkan semangat perpaduan di kalangan rakyat dan memperjuangkan perpaduan antara kaum.

b)     E.E.C Thuraisingham

·       Dato Sir E.E.C Thuraisingham atau nama penuh beliau Dato Sir Ernest Emmanuel Clough Thuraisingham adalah seorang rakyat Malaysia berketurunanan Tamil Jaffna. Beliau dilahirkan pada 28 Ogos 1898 di Taiping, Perak. Beliau merupakan anak kedua Clara Meenachi(ibu) dan Kasinathar Clough(bapa), yang merupakan juruukur berlesen dalam Perkhidmatan Awam British Colonial. Sehubungan itu, kerana ia merupakan tradisi Tamil Jaffna masa itu, beliau telah dihantar oleh ibu bapanya ke sekolah-sekolah di Ceylan(Sri Lanka). Beliau mula menghadiri sebuah sekolah rendah di Karai Nagar, Jaffna dan kemudian di dua buah sekolah menengah iaitu kolej pertama St John, Jaffna dan kemudian St Thomas College, Colombo. Di St Thomas College, beliau merupakan pelajar paling Berjaya kerana beliau terus belajar di Cambrige Universiti di England. Beliau pergi ke Selwyn College, Cambrige pada tahun 1919 untuk belajar undang-undang dan ekonomi politik. Setalah beliau menamatkan pengajian dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1922. Disebabkan minat beliau dalam undang-undang amalan yang membawanya ke Middle Temple di Inn of Court, London.
       Dato Sir E.E.C Thuraisingham telah menjadi pemimpin pertama                     Persekutuan Ceylon(Sri Lanka) Malaya. Pada bulan Mei tahun 1946, Dato Onn Jaffar menjadi pemimipin pertama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UNMO). Dato Sir E.E.C Thuraisingham dan beberapa orang yang lain menjadi barisan hadapan kaum Malaya dalam pergerakan kemerdekaan dan beliau telah menjadi Ahli(Menteri) Pendidikan. Sehubungan itu, sebagai ahli pertama Pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu dan beliau telah menubuhkan sebuah sistem yang menyeluruh ke arah pendidikan untuk menyediakan pendidikan percuma untuk semua kanak-kanak berusia 6 dan 12 tahun. Beliau melaksanakan cadangan Laporan Barnes dan Fenn dan telah dilaksanakan bermakna lebih guru yang diperlukan dan lebih banyak sekolah dibina. Beliau juga, salah satu pergerak uatama Kebajikan Masyarakat Sistem Loteri yang dibiayai penyediaan perkhidmatan kebajikan kepada golongan miskin dan dari semua kaum di Tanah Melayu.


c)      H.S Lee
·       Tun Sir Henry Lee Hau Shik lebih dikenali sebagai Tun H.S. Lee (1900 – 1988) merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian menjadi Menteri Kewangan pertama. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan dalam Kabinet sementara sebelum kemerdekaan.
      H.S. Lee berpindah ke Malaya pada tahun 1924 bagi membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan cepat menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan selepas perang, Tun H.S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat dalam menubuhkan MCA dan kemudian bertanggungjawab memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.




No comments:

Post a Comment