Search This Blog

Monday 21 October 2013

SISTEM KABINET (Presentasi Pelajar)

Sistem Kabinet Di Malaysia

Pengenalan :
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan.
Bermula sejak kemerdekaan tanah melayu (1957) dan telah dikanunkan dalam perlembagaan malaysia
Terdiri daripada 3 badan pemerintah iaitu eksekutif,perundangan dan kehakiman.
Tujuannya untuk mengelakkan wujudnya sebarang bentuk permuafakatan atau komplot dan dapat mengelakkan berlaku pemusatan kuasa antara 3 badan.

Badan Eksekutif :
Kabinet atau jemaah menteri merupakan sebuah badan pembuat dasar tertinggi negara yang menjalankan kuasa eksekutif

Sejarah ringkas jemaah menteri :
Sistem ahli ( member sistem ) 1951
-        Ia merupakan hasil dato’ onn jaafar yang mendesak inggeris supaya melibatkan orang tempatan dalam pentadbiran sebagai langkah menuju kemerdekaan dan pemerintahan sendiri.
-        Ia barat menteri kerana memainkan peranan yang sama,
-        Ia memberi peluang dan lathihan kepada pemimpin  tempatan bagi mendapatkan pengalaman memerintah secara demokrasi.
-        Ia berakhir pada ogos 1955

Sistem Ahli :
Menteri
Jawatan
Dato onn jaafar
Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
E.E.C Thuraisingingam
Ahli Pelajaran
Tunku Yaakob
Ahli Pertanian dan Perhutanan
Lee Tin Keng
Ahli Kesihatan
Dato’ Mahmud Mat
Ahli Kerja Raya dan Perumahan
J.D Mead
Ahli Kerja Raya dan Perumahan
J.D Hodginkinson
Ahli Perindustrian dan perhubungan sosial
O.A Spencer
Ahli Hal Ehwal Ekonomi



Kabinet / Jemaah Menteri :

Merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif kerajaan persatuan atas nama yang di-pertuan agong.
Kabinet terdiri daripada yang di-pertuan agong, perdana menteri dan jemaah menteri
Kabinet merupakan badan yang diberikan kuasa untuk menentukan dasar dan arah pentadbiran negara.
Jemaah Menteri merupakan agensi tertinggi dalam kerajaan persekutuan.
Merupakan agensi utama dalam jentera pentadbiran di peringkat pusat.


1.Kabinet malaysia kini



2.Ketua negara yang di-pertuan agong :

-Peruntukan yang menyebut tentang kuasa eksekutif persekutuan meletakkan kausa berkenaan pada tangan (ydpa)
-Kerajaan yang memerintah pula hakikatnya merujuk kepada kabinet selaku elemen yang dipilih dan boleh merujukkan pilihan raya.
-YDPA dibenarkan oleh perlembagaan menggunakan budi bicara, disamping dikehendaki mematuhi konvensyen dan kebiasaan yang mengelilingi demokrasi berparlimen dan sistem raja berpelembagaan.
-YDPA memainkan 4 peranan penting dalam bidang kuasa badan eksekutif.
            ^ perkara 39 perlembagaan persekutuan YDPA bertidak sebagai punca kuasa esksekutif.
^ perkara 40 (2)a Perlembagaan Persekutuan memperuntukan kuasa bicara baginda untuk             melantik Perdana Menteri.
^ Perkara 43 PerlembagaanPersekutuan memberi baginda untuk melantik jemaah menteri.
^ Perkara 40 (2)b perlembagaan persekutuan memperuntukkan kuasa kepada baginda untuk mempersetujui atau tidak mempersetujui pembubaran Parlimen.

3.Ketua Kerjaan – Perdana Menteri :
-Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan yang memerintah dan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada YDPA tentang hal ehwal negara.
-Kabinet/Jemaah menteri akan diketuai oleh perdana menteri yang merupakan seorang ahli dewan rakyat yang pada pandangan YDPA mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli dewan.
-Perlembagaan persekutuan telah memperuntukan bahawa jemaah menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam jalankan tugas beliau.

4.Menteri-Menteri :

-Semua menteri ialah ahli kabinet,walaupun perkara ini tidak tercatat dalam perlembagaan.
-Dalam konteks pemerintahan demokrasi ahli-ahli kabinet atau jemaah menteri inilah yang membentuk badan kerajaan yang memerintah.
-Seseorang menteri yang dilantik untuk mengetuai sesuatu kementerian bertanggungjawab menjalankan tugas yang diberikan kepadanya mengikut akta tugas menteri.


Peranan Jemaah Menteri :

-Peranan jemaah menteri adalah merupakan dasar kerajaan dan memberikan arahan untuk dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan diperingkat persekutuan dan neger,selain bertindak sebagai badan penasihat yang di-pertuan agong.

Tugas-tugas Kabinet ialah :
-Menasihati YDPA dalam urusan pentadbiran negara.
-Jemaah menteri bertanggungjawab bersama kepada parlimen
-Walaupun seorang menteri tidak bersetuju mengikut keputusan jemaah beliau tetap dikehendaki oleh jawatan yang dipegang itu membela sebarang pertuduhan yang diajukan kepada keputusan jemaah tersebut, adalah melanggar etika jawatannya jika ahli jemaah itu membantah secara terbuka.
-Kabinet memulakan langkah perundangan dan melaksanakan fungsi-fungsi eksekutif yang lain.
-Kabinet bukanlah satu badan dalam jentera pentadbiran tetapi satu badan pemerintah.
-Sebagai pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan.

Tanggungjawab Menteri kepada Parlimen :

-Tanggungjawab menteri sebagai individu (individual responbility)
-Tanggungjawab kabinet secara kolektif (Collective responbility)

Kementerian,Jabatan dan Badan-badan kerajaan :
-Kementerian yang beroperasi diperingkat persekutuan-kementerian luar,kementerian  luar,kementerian pertahanan,menteri kewangan.
-menteri yang beroperasi diperingkat persekutuan dan negeri-kementerian pelajaran,kementerian kesihatan,kementerian kerja raya.





Perkhidmatan Awam :
1.Ketua Setiausaha Negara (KSN) :
            -jawatan paling tinggi dalam perkhidmatan awam
            -merupakan ketua kepada pentadbiran awam malaysia dan juga penasihat dan pentadbir utama kepada perdana menteri.
            -Tugasnya untuk mengeluarkan arahan kepada pegawai kementerian serta jabatan kerajaan untuk menyelaraskan fungsi semua kementerian.
            -Merupakan jemaah menteri dan berkuasa untuk mengedalikan segala minit dan kertas kertas jemaah menteri.

2.KSU :
            -Mengetuai pentadbiran awam sesebuah kementerian.
-Merupakan  penasihat utama kepada menteri di kementerian yang berkenaan dan dibantu oleh pegawai dan kakitangan awam kerajaan.

3.Jabatan-jabatan kementerian :
            -Diketuai oleh seorang ketua jabatan yang dikenali sebagai ketua pengarah.
            -ditubuhkan untuk membantu kementerian bagi melaksanakan tanggungjawabnya.

4.Perbadanan Awam :
-Agensi separa kerajaan yang diwujudkan bagi mengambil alih beberapa bidang tugas yang pernah dilaksanakan oleh jabatan kerajaan.
-Melaksanakan beberapa bidang tugas yang baru.
-boleh dibahagikan kepada 2 : badan berkanun dan badan tidak berkanun .
Badan berkanun :
-Ditubuhkan dibawah akta parlimen atau anak negeri untuk menjalankan tugasnya dengan            bebas,
-Ia memiliki peruntukan kewangan sendiri dan kuasa autonomi tertentu tetapi bertanggungjawab kepada menteri berkenaan.
            -Diketuai oleh seorang pengurus besar yang dilatik oleh YDPA.
-Beliau berperanan untuk melicinkan pentadbiran dan melaksanakan program pembangunan negara.

Badan Tidak Berkanun :
            -Badan yang berbentuk syarikat induk yang ditubuhkan untuk sesuatu maksud yang luas.
            -Ditubuhkan dibawah Akta Syarikat 1965.
            -Diketuai oleh seorang pengurus besar sebagai ketua excutive yang dilantik YDPA.



No comments:

Post a Comment