Search This Blog

Monday 21 October 2013

SURUHANJAYA (Presentasi Pelajar)


CREATED BY:
TENGKU MOHAMAD IKHWAN BIN T.GHAZALI
NIK KHAIRUL RIDUAN BIN IBRAHIM
MUHAMMAD AMIN BIN SOLKEPLI
MOHAMAD SHAHRUL NIZAM BIN ZULKIFLI
SURUHANJAYA-SURUHANJAYA DI MALAYSIA
Terdapat 2 jenis suruhanjaya di Malaysia:
Suruhanjaya tetap:
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Suruhanjaya Angkatan Tentera Malaysia
Suruhanjaya Pendidikan Malaysia
Suruhanjaya Pilihan Raya
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia
Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(SUHAKAM)
Suruhanjaya tidak tetap / Suruhanjaya Khas
Suruhanjaya Gaji Harun 1972
Suruhanjaya Diraja Mengenai Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa 1973
Suruhanjaya Khas untuk Meningkatkan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia 2004
TUJUAN
Suruhanjaya dibentuk untuk membolehkan pentadbiran hal ehwal awam tertentu dijalankan dengan adil,saksama dan tanpa pengaruh politik
Suruhanjaya khas lazimnya berbentuk sementara untuk mengkaji sesuatu perkara atau masalah seperti bencana alam,penyelewengan,dan membuat perakuan-perakuan kepada kerajaan bagi menyelesaikannya
Untuk menjamin kebebasan,ahli-ahli suruhanjaya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri setelah berunding dgn Majlis Raja-Raja
Pemecatan ahli-ahli suruhanjaya juga hanya boleh dibuat melalui tribunal

a. Mestilah bersifat adil dan berkecuali
b. Bebas daripada pengaruh politik
c. Anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas budi bicara baginda selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
d. Hanya penjawat awam, hakim, dan golongan profesional boleh menganggotainya.
e. Anggota suruhanjaya hanya boleh dipecat melalui tribunal; Yang di-Pertuan Agong akan bertindak mengikut syor tribunal dan syor tribunal adalah muktamad.
f. Saraan semua anggota suruhanjaya ditetapkan oleh Parlimen dan ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan yang Disatukan.
   SURUHANJAYA POLIS
LATAR BELAKANG
DITUBUHKAN PADA  1807 HINGGA KINI AGENSI TERDAHULU:
IBU PEJABAT DI BUKIT AMAN KUALA LUMPUR
SEJARAH POLIS
MOTO
Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan.
JABATAN PENGURUSAN
JABATAN SIASATAN JENAYAH
JABATAN SIASATAN NARKOTIK
JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI
SENARAI PENGARAH JABATAN
PANGKAT-PANGKAT PDRM
SURUHANJAYA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
DITUBUHKAN:
16 September 1963                    
CABANG KETENTERAAN NEGARA:
  Tentera Darat Malaysia(TDM)
  Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM)
  Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM)
KEPIMPINAN
KETUA KOMANDER
Yang Di-Pertuan Agong
MENTERI PERTAHANAN
Dato' Seri Dr.Hishammuddin Tun Hussein
PANGLIMA ANGKATAN TENTERA
Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zulkifeli Mohd. Zin
ORGANISASI
ATM
Ulang tahun
16 September
Tenaga
Umur tentera:18 tahun
Perang/pertempuran
Perang Dunia Kedua
FUNGSI
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ialah pihak yang bertanggungjawab terhadap pertahanan nasional dengan kata lain ialah pasukan tentera profesional negara Malaysia. 
SEJARAH:
Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada . 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada zaman Darurat juga, angkatan tentera telah melihat penubuhan pasukan berbilang bangsa iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun 1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat Malaysia telah berkembang maju dan lengkap untuk menjalankan operasi melawan insurgensi. Pada masa ini pasukan Tentera Darat sedang pesat dipermodenkan sebagai satu pasukan tentera konvensional yang mampu untuk menghadapi cabaran masa depan.
TENTERA LAUT
Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat (SSNVR) pada 27 April 1934 di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepadaPasukan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam Royal Navy  telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1430 anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai 150 orang anggota Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika Timur. Anggota -anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila Darurat  tercetus pada tahun 1948, Tentera Laut Malaya telah dihidupkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949. Tentera Laut Malaya dianugerahkan gelaran Diraja oleh baginda Queen Elizabeth II pada tahun 1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini menjadi sebahagian daripada Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan ini, panji-panji Royal Navy telah ditukarkan dengan panji-panji Persekutuan, Tentera Laut Diraja Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia.
TENTERA UDARA
Titik mula Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah dengan penubuhan Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-negeri Selat(SSVAF) oleh British pada tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force Malaya(RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun 1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan rasminya pada 2 Jun 1958.
Angkatan Tentera Malaysia mengalami evolusi yang berterusan daripada sekadar pasukan tambahan di dalam Tentera British kepada pasukan menentang insurgensi seterusnya dibentuk menjadi sebuah angkatan konvensional. Pun begitu, pemodenan ATM pula kadangkala dihadang oleh faktor ekonomi dan faktor sumber manusia. Krisis kewangan yang melanda telah menyebabkan beberapa program masih belum melepasi fasa cadangan. Antaranya perolehan kumpulan kedua frigat TLDM, skuadron kedua pesawat tempur pelbagai fungsi TUDM, pesawat amaran awal dan rondaan maritim dan juga helikopter utiliti tambahan. Krisis tenaga manusia pula walaupun belum kritikal, mempunyai kesan yang besar di dalam unit-unit tertentu, terutama yang memerlukan anggota yang memiliki latar belakang pendidikan yang tinggi. Kekecewaan ini pernah disuarakan oleh bekas Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ilyas Din, berikutan kesukaran mendapatkan anggota yang menepati kriteria bagi mengikuti kursus latihan kapal selam.Tambahan pula kerjaya tentera dilihat kurang popular berbanding profesyen lain bagi golongan muda yang berpelajaran. Kekurangan minat dikalangan generasi muda terutamanya dari kaum bukan Melayu menyebabkan ATM mengalami sedikit kesukaran merekrut anggota, barangkali didorong kesedaran yang kurang di pihak orang awam dan pemimpin politik terhadap kepentingan ATM. Beberapa kontroversi di dalam perolehan ATM seperti kapal selam Scorpene, pesawat Sukhoi Su-30 MKM dan yang terbaru, helikopter Eurocopter tidak membantu memberikan persepsi yang baik kepada umum.
Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia
Keanggotaan
Dari segi kekuatan anggota, ATM agak kecil dibandingkan dengan tentera negara-negara jiran terdekat. Malahan, Tentera Singapura pun mengatasi Angkatan Tentera Malaysia dari segi keanggotaan keseluruhan. ATM hanya mempunyai sedikit kelebihan pada jumlah anggota Tentera Laut dan Tentera Udara.
MALAYSIAN ARMY
Kelengkapan
ATM juga tidak mempunyai kelebihan yang ketara berbanding kelengkapan tentera negara-negara jiran terutama Singapura. Walaupun ketika ini, ATM menerima perolehan kelengkapan senjata baru yang agak canggih seperti kapal selam Scorpene dan pesawat Sukhoi Su-30MKM, namun dalam tempoh tiga hingga lima tahun, kelebihan ini dijangka akan dapat diatasi oleh Indonesia dan Thailand. Disebabkan kelembapan ekonomi, beberapa program pembangunan ATM turut menerima kesan, sama ada ditangguhkan atau tidak diketahui statusnya. Sebagai contoh Program Kapal Ronda Generasi Baru, kumpulan kedua kapal-kapal ini diberitakan akan diteruskan, pada penghujung tahun 2010 kerajaan telah menyerahkan surat hasrat kepada syarikat BNS untuk membina kumpulan kedua kapal peronda yang lebih berupaya dan dikenali sebagai SGPV-LCS. Begitu juga perolehan kapal frigat kelas Lekiu kumpulan kedua. Di pihak TUDM pula perolehan skuadron pesawat tempur pelbagai fungsi, dan di pihak TDM perolehan kenderaan perisai baru, masih belum dapat dipastikan tahap pembangunannya. Pada masa yang sama tentera negara jiran dilaporkan, melalui program pembangunan yang proaktif, akan memperolehi aset tempur moden seperti pesawat tempur, kapal perang permukaan dan kapal selam.
TEKNOLOGI TERBARU
Markas ATM
Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) adalah markas pemerintahan tertinggi yang diketuai oleh seorang Ketua Staf berpangkat Leftenan JeneralLaksamana Madya atau Leftenan Jeneral TUDM. Beliau bertindak sebagai perancang korporat, menyelaraskan segala aspek operasi dan pentadbiran ketiga-tiga perkhidmatan dan melapor terus kepada Panglima Angkatan Tentera. Struktur organisasi Markas ATM disusun mengikut kod antarabangsa seperti berikut:
Sekretariat (J1)
Perkhidmatan Anggota (J2)
Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan (J3)
Bahagian Logistik Pertahanan (J4)
Bahagian Perancangan Pertahanan (J5)
Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (J6)
Bahagian Hal Ehwal Awam (J7)
Bahagian Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (J8)
Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (J9)
Aturgerak Angkatan Tentera Malaysia
Semenjak penubuhannya, Angkatan Tentera Malaysia telah diaturgerak dalam berbagai-bagai konflik dan pertempuran. Bermula dengan Perang Dunia Kedua, ATM seterusnya berkhidmat ketika Darurat  bagi menghapuskan ancaman komunis. Darurat berakhir pada 1960 manakala insurgensi komunis tamat pada 1989. Pembentukan Malaysia pada 1963 mendapat tentangan Indonesia dan mencetuskan Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Konfrontasi berlarutan sehingga 1966 apabila Sukarno digulingkan. Bermula pada 1960 juga ATM telah mula menyertai misi-misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Sehingga kini ATM telah menyertai tidak kurang dari 15 misi antarabangsa di bawah panji-panji PBB.
Khidmat Negara
Khidmat Negara Malaysia
Pada awal tahun 2004 , Kementerian Pertahanan juga telah memulakan satu program Khidmat Negara wajib selama 3 bulan kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun.
Peserta Khidmat Negara Malaysia dipilih secara rawak.
Pada masa ini, hanya 20 % daripada mereka yang layak dimasukkan tetapi rancangan program ini akhirnya meliputi semua remaja berumur 18 tahun.
Walaupun di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan, Khidmat Negara bukan program ketenteraan. Drafnya diajar asas pertempuran tangan-ke- tangan dan pengendalian senjata tertentu, termasuk M16s Colt oleh jurulatih tentera, tetapi tidak dijangka akan dikerah atau akan dipanggil ke dalam skuad tentera.
Ia digambarkan sebagai sebuah latihan meningkatkan jati diri dan mungkin membantu jika terjadinya perang sebenar.
Suruhanajaya Pilihan Raya
Da bincang……………..
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
SEJARAH PENUBUHAN
Berikutan dengan syor oleh Laporan Suruhanjaya Di Raja Aziz yang mengkaji Perkhidmatan Perguruan di Semenanjung Malaysia, perakuan telah dikemukakan kepada kerajaan supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi Perkhidmatan Pelajaran. Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah ditubuhkan mengikut Perkara 141A Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974.
LATAR BELAKANG
 1973
Urus Setia SPP ditempatkan secara sementara di Tingkat 9, Bangunan UMBC, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
 1974
SPP ditubuhkan secara rasmi dan beroperasi di Tingkat 6, Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan bilangan Anggota Suruhanjaya seramai 5 orang.
 1975
Pejabat SPP telah berpindah ke Jalan Spooner (kini dikenali sebagai Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur
 1976
Keanggotaan SPP bertambah kepada 9 orang
Urusetia Cawangan Sarawak ditubuhkan pada 1 Jun 1977 berdasarkan kepadaEducation Act 1961 (Extension to Sarawak Order 1976) manakala Urusetia Cawangan Sabah ditubuhkan pada 1 Oktober 1977
 1978
Keanggotaan SPP bertambah kepada 10 orang
 1988

Pejabat SPP telah berpindah ke Menara DatoOnn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Keanggotaan SPP bertambah kepada 14 orang
1999
Pejabat SPP berpindah ke Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
2001
Keanggotaan bertambah kepada 18 orang
2006
Keanggotaan bertambah kepada 26 orang
KEANGOTAAN
Melalui pelaksanaan transformasi Kerajaan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2012, keanggotaan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran telah ditetapkan seramai tiga belas (13) orang terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan sebelas (11) orang anggota Suruhanjaya.
TUGAS SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM
Ditubuhkan pada 31 Ogos 1957
Suruhanjaya perkhidmatan awam malaysia telah ditubuhkan pada 31 ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari pengisytiharan kemerdekaan tanah melayu pada masa itu. Situasi awalnya , semasa penjajahan inggeris , perkhidmatan awam negeri - negeri tanah melayu bersekutu itu ditadbir di bawah pentadbiran inggeris .Kemerdekaan tanah melayu pada 31 ogos 1957 dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru persekutuan tanah melayu yang merdeka dan berdaulat secara rasminya , Suruhanjaya perkhidmatan awam telah dibentuk sebagaimana yang termaktub dalam bab perkara perkara 144 (1) perlembagaan persekutuan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
1. Menurut Perkara 139, bidang kuasa SPA meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.
2. Semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam dan anggota-anggota perkhidmatan awam bagi Melaka dan Pulau Pinang
3. Anggota SPA terdiri daripada;
a. Seorang pengerusi
b. Seoang timbalan pengerusi
c. 4 hingga 30 orang anggota
4. Pengerusi dan timbalan pengerusi dilantik daripada
a. Orang-orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam
b. Bekas anggota mana-mana perkhidmatana awam yang bersara tidak lebih daripada 5 tahun sebelum tarikh mereka dilantik
5. Tugas-tugas SPA
a. Melantik, mengesahkan jawatan, menaikkan pangkat, dan menukar anggota-anggota perkhidmatan awam.
b. Memasukkan anggota-anggota perkhidmatan awam ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen
c. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota perkhidmatan awam.
REFERENCES
WWW.GOOGLE.COM
WWW.SPA.GOV.MY
                                                 
                                                            
                                                                                   
                                                                                                      
                                    

No comments:

Post a Comment